Ezany Tidak Gentar Disaman

 Pelakon, Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff, 39, yang 'membongkarkan' perbuatan seorang pengarah drama yang mengaibkan Rabu lalu meluahkan perasaan tidak gentarnya walaupun dicabar untuk dibawa kemuka pengadilan.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Ezany Nizarrif itu, berkata jika perkara tersebut dibawa ke mahkamah, maka lebih banyak lagi masalah pihak produksi tersebut yang akan dibongkarkan.

"Ikut dialah nak buat apa (bawa ke mahkamah). Ini negara demokrasi. Jika betul dia nak bawa perkara ini ke mahkamah, saya dah bersedia dengan peguam saya.

"Saya tak kisah dan itu hak dia. Saya cuma nak pertahankan hak saya," katanya kepada KLPOS ketika dihubungi malam tadi.

Tindakan mengaibkan penerbit filem tersebut didedahkan oleh krew produksi kepada Ezany apabila dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung bayaran yang tidak dijelaskan oleh pihak produksi.

"Pada mulanya, saya ingin membuat laporan polis berhubung empat bulan bayaran saya yang tidak dijelaskan. Pada masa yang sama, ada krew produksi yang menceritakan kepada saya mengenai perbuatan penerbit ini.

"Saya rasa, saya perlu ambil tindakan kerana ia melibatkan dengan maruah. Saya juga dapat tahu yang mangsa (pelakon baru) ada membuat laporan mengenai kes cabul itu," jelas Ezany.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana