Exco ubah fikiran, tak perlu rumat urut uniseks

KUALA SELANGOR: Selepas mencadangkan agar rumah urut diasingkan mengikut jantina baru-baru ini, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim hari ini membuat pusingan 'U'.

Pada sidang akhbarnya, selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan Majlis Daerah Kuala Selangor, di sini hari ini, Teng berkata, tiada keperluan berbuat demikian.

"Sekarang tidak ada isu ini... jadi kita tak usah sentuh isu yang tidak wujud.

"Bila ada masalah kita uruskan... bila tiada masalah kita tak usah sentuh perkara yang tidak berbangkit," katanya.

Bekas Speaker DUN Selangor itu sebelum ini mendakwa beliau mencadangkan rumah urut mengikut jantina diwujudkan dengan tujuan  mengelakkan kegiatan maksiat di pusat-pusat berkenaan di seluruh Selangor.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya yang dipetik portal mesra pembangkang, Malaysiakini selepas dilantik sebagai exco 30 Mei lalu.

Teng hari ini berkata, memandangkan  tiada masalah timbul pada masa ini mengenai kontroversi  rumah urut, maka tidak perlu beliaumenukar dasar yang sedia ada.

Sebelum ini, cadangan Teng bagi mewujudkan rumat urut mengikut jantina mendapat sokongan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang berharap ia dapat dilaksanakan di seluruh negeri secepat mungkin.

Dalam pada itu, Teng menegaskan sejak 2008 kerajaan negeri telah menetapkan dasar untuk tidak mengeluarkan lesen baru rumah urut dan dasar itu masih terpakai sehingga kini.

"Tentang bab urut saya telah nyatakan bahawa dasar kita sejak 2008 kita tak keluarkan lesen yang baru. Itu dasar yang masih terpakai," katanya.

Mengenai panggung wayang, Teng berkata setakat ini beliau tidak menerima apa-apa maklumat mengenainya, justeru menganggap ia bukan satu isu yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri.

"(Mengenai panggung wayang) Sehingga sekarang ini saya belum terima apa-apa laporan berkenaan dengan perkara ini... jadi saya anggap tidak ada isu," ujarnya.

Majlis Daerah Kuala Selangor sebelum ini pernah mengeluarkan garis panduan yang mensyaratkan pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan tempat duduk ketika menonton wayang bagi mencegah perbuatan maksiat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana