Exco Terengganu Yang Dirawat Di HSNZ Kini Stabil

KUALA TERENGGANU: Keadaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Dr A Rahman Mokhtar kini agak stabil dan menerima rawatan terbaik di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Mahdi Musa berkata Dr A Rahman kini ditidurkan oleh pihak hospital bagi tujuan rawatan.

"Saya baru melawat beliau di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ tengah hari tadi dan nampaknya keadaan bertambah baik serta berharap semua pihak mendoakan agar kesihatan beliau cepat pulih.

"Beliau sentiasa ditemani keluarga, tetapi bilangan pelawat masih dihadkan. Alhamdulillah keadaannya bertambah stabil," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Kolej Tesdec di Riyaz Heritage Resort & Spa di sini Selasa.

Dr A Rahman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana