Er dakwa tidak terima notis boikot taklimat....Memang Herolah..Kau Sorang Saja Yang Hadir

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa mendakwa beliau tidak menerima sebarang notis rasmi daripada Jawatankuasa Pusat DAP mengenai keputusan untuk memboikot taklimat sidang Parlimen ke-13, hari ini.

"Berita mengenai cadangan memboikot ini sudah mula tersebar sejak minggu lepas termasuk cadangan untuk memboikot sesi mengangkat sumpah 24 Jun ini di mana saya sedia maklum mengenainya.

"Namun begitu saya tidak menerima sebarang notis rasmi samada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun emel daripada Jawatankuasa Pusat," katanya melalui satu kenyataan.

Parti ujar beliau kebiasaannya akan menghantar SMS ataupun emel bagi memaklumkan setiap wakil rakyat berhubung arahan-arahan dari pimpinan tertinggi Pakatan.

"Biasanya semua arahan dari pimpinan pusat akan disebarkan melalui dua cara iaitu SMS dan emel.

"Selain itu, ia tidak akan dianggap sebagai arahan dan terpulang kepada individu tersebut untuk membuat keputusan," jelas beliau.

Teck Hwa mencuri perhatian hari ini apabila menjadi satu-satunya wakil pembangkang yang hadir ke majlis taklimat sidang parlimen ke-13 pagi tadi.

Seramai 88 ahli Parlimen Pakatan yang lain tidak hadir sebagai simbolik bantahan mereka terhadap keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu.

Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan tindakan disiplin akan diambil terhadap Teck Hwa kerana telah melanggar arahan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana