Dua pemimpin muda MIC dilantik penasihat dan pegawai khas MB Perak...

Menjelang sidang DUN Perak dan majlis angkat sumpah wakil-wakil rakyat hujung bulan ini, dua orang pemimpin muda masyarakat India mewakili MIC dilantik memegang dua jawatan penting di pejabat Menteri Besar Perak.

Perlantikan itu yang berkuat kuasa 17 Jun ini diumumkan melalui satu kenyataan pejabat Menteri Besar Perak yang dismskan kepada Agenda Daily lewat petang ini.

Ia membabitkan perlantikan  V Elango, Ketua MIC bahagian Lumut  yang dilantik secara rasmi menjadi penasihat kepada Menteri Besar  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Ia untuk “quota” masyarakat India seperti dijanjikan Menteri Besar sebelum PRU ke13 pada 5 Mei lalu.

Perlantikan kedua, juga membabitkan tokoh MIC, C Sivaraj  yang dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar.

Menurut kenyataan itu lagi, Elango, 48 tahun merupakan bekas seorang pendidik berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik serta memegang jawatan sebagai Pengurus Unit 1Malaysia di Yayasan Bina Upaya DR.

Elango anak jati Kampung Acheh, Sitiawan (dalam bahagiah Lumut). Beliau anak sulung dalam keluarga seramai lima beradik.

Manakala, Sivaraj, 37 tahun pula , mempunyai  Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia merupakan bekas Setiausaha Agung Pemuda MIC Kebangsaan.

Beliau berasal dari Ipoh, Perak. Terdahulu beliau berkhidmat sebagai  Panel Pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan kedua-duanya bagi mengisi dua jawatan yang dijanjikan sebelum PRU ke13 namun mengikut Presiden MIC, wakil-wakil MIC di Perak dilarang memegang sebarang jawatan jika jawatan speaker DUN Perak tidak diberikan kepada MIC.

Sehingga kini belum lagi diketahui sama ada MIC disahkan akan memperoleh jawatan speaker.

Sebaik BN kembali memerintah Perak pada 2009, Datuk Ganesan, seorang peguam (kalah dalam PRU ke12) dilantik sebagai speaker DUN Perak. Perlantikan itu dilihat sebagai mengimbangi perlantikan ke jawatan sama  oleh Pakatan Rakyat sewaktu mereka berkuasa 11 bulan iaitu dengan melantik speaker berketurunan India.

Berbeza dengan PR, BN melantikan speaker dari kalangan bukan wakil rakyat, yang dibolehkan mengikut undang-undang.

Tapi dalam PRU ke13, tidak ada seorangpun wakil-wakil rakyat MIC menang di Perak. Dengan demikian MIC tidak dilantik menganggotai jawatan EXCO kerajaan negeri.

Menteri Besar difahamkan tidak menjanjikan jawatan speaker kepada MIC sebelum PRU ke13. Namun apa yang berlaku ialah MIC dijanjikan dua jawatan senator sebagai pertukaran kepada dua kerusi DUN—Pasir Panjang dan Behrang. MIC hanya tanding dua kerusi DUN saja tapi tewas kedua-duanya.

Bagi pemerhati politik perlantikan dua tokoh secara relatifnya masih  muda memegang jawatan penting di pejabat MB Perak merupakan satu pengiktirafan pada MIC dan juga komuniti India di Perak.

Umum kini menunggu reaksi Presiden MIC Dato Palanivel berhubung pengumuman serta perlantikan ke jawatan-jawatan berkenaan.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana