Dong Zong jangan main api cabar kesabaran orang Melayu...Inilah dikatakan Kurang Ajar

KUALA TERENGGANU 31 Mei - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) memberi amaran kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya tidak sekali-kali bermain api dengan mencabar kesabaran orang Melayu.

Setiausaha Agung Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad menegaskan, pertubuhan itu tidak sewajarnya mengagungkan elemen kecinaan seolah-olah mereka tidak berada di Malaysia, sebaliknya di tanah besar China.

Sehubungan itu, katanya, Gagasan menyeru Dong Zong menjunjung apa yang termaktub dalam perlembagaan negara seterusnya menghormati kaum lain terutama orang Melayu dalam sebarang kenyataan mereka.

"Pertubuhan itu juga diseru sentiasa menjunjung apa yang terkandung dalam perlembagaan dan hak kaum lain khususnya orang Melayu mesti dihormati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar Cina, Nanyang Siang Pau baru-baru ini berhubung kebimbangan Dong Zong terhadap pelantikan dua menteri berketurunan Cina dalam Kabinet, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching yang tidak fasih berbahasa Mandarin.

Menurut Dong Zong, kedua-dua pemimpin yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan itu tidak mungkin dapat mewakili mereka secara efektif sekali gus tidak layak digelar wakil kaum.

Menurut Syed Anuar, pelantikan dua menteri Kabinet itu tidak perlu dipolitikkan kerana merupakan isu terpencil.

Katanya, perkara itu memandangkan syarat seseorang dilantik dalam Kabinet adalah dalam kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara yang fasih bertutur bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti termaktub dalam perlembagaan negara.

Tambah beliau, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana masih melantik kaum Cina dalam Kabinet biarpun Pilihan Raya Umum Ke-13 menunjukkan penolakan sebahagian besar kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan Gerakan.

Beliau turut berharap kerajaan tidak terus berkompromi dan tunduk kepada tuntutan Dong Zong yang jelas bercanggah dengan dasar kerajaan termasuk dalam isu mengiktiraf peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina (UEC).

"Lulusan UEC berada di luar sistem pendidikan negara dan jelas bertentangan dengan dasar Integrasi Nasional," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana