DBKL lapor polis minta usir aktivis Padang Merbok...Perkara Kecil Pun Tak boleh Ikut Undang Undang...Bodohnya Puak PR Ni

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat laporan polis meminta agar polis bertindak mengusir peserta perhimpunan yang masih berkhemah di Padang Merbok, di sini.
 
Menteri Wilayah Persekutusan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata laporan polis itu dibuat susulan mesyuarat antara pihaknya dan DBKL pada pukul 5.30 petang tadi.
 
"Tindakan mereka ini satu kesalahan. Kita dah beritahu mereka tak boleh berhimpun di situ, mereka boleh berhimpun di Stadium Merdeka, tapi mereka degil, jadi kita minta polis bertindak mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Padang Balang, di sini hari ini.
 
Katanya, tindakan tegas terpaksa diambil kerana penyokong pembangkang ternyata terlalu keras hati dan dikhuatiri menimbulkan kekecohan sebagaimana insiden dua penguat kuasa DBKL dikasari semalam.
 
Menurut Tengku Adnan, perbuatan kumpulan penyokong pembangkang itu juga menambah beban tugas DBKL yang terpaksa membersihkan kawasan berkenaan selepas ini.

Mengulas isu lain, Tengku Adnan berkata pihaknya telah menyarankan kepada Perbadanan Putrajaya agar menangguhkan sementara program Fiesta Flora Putrajaya 2013 yang bermula semalam, sehingga keadaan bertambah baik.
 
"Fiesta ini melibatkan orang ramai jadi kita mahu ia ditangguh dahulu sehingga ia boleh diteruskan memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk di sini," katanya.
 
Pada lawatan itu Tengku Adnan turut menyampaikan bantuan peribadi sebanyak RM500 kepada setiap keluarga terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan sederet enam rumah sewa pada pukul 11.45 pagi tadi.
 
Katanya bantuan sebanyak RM300 akan disumbangkan DBKL serta lain-lain bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
Mangsa terlibat juga akan dipindahkan ke rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Wahyu dan Batu Lima dalam waktu terdekat, katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana