Dasar Pakatan Boleh Hancurkan Negara


Kerajaan terpaksa menjelaskan kepada rakyat mengenai penipuan-penipuan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang bagi mengelakkan negara dilanda kehancuran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata penipuan yang dilakukan oleh pembangkang sebenarnya untuk mengumpan rakyat dengan pelbagai dasar yang tidak masuk akal agar mereka diberi peluang memerintah.

Katanya, antara dasar yang tidak masuk akal itu ialah memberi subsidi minyak yang luar biasa, menghapuskan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menghapuskan tol lebuh raya.

"Saya berhak untuk menjelaskan kerana saya tahu dengan apa yang telah dibuat oleh pakatan pembangkang ini adalah satu penipuan terang-terangan kepada rakyat, amat tidak bertanggungjawab.

"Saya tak boleh biarkan, saya tak boleh senyap begitu sahaja tanpa menyatakan satu yang hak walaupun yang hak tu satu yang pedih dan pahit. Saya terpaksa menceritakan supaya Malaysia tidak terjunam masuk ke gaung," katanya
pada majlis perasmian Kolej Komuniti Seberang Jaya, di sini, Selasa.

Yang turut hadir isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow dan calon-calon BN Parlimen Permatang Pauh.

Muhyiddin berkata adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana setakat ini kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM24 bilion setahun dan ia adalah satu jumlah yang sangat besar.

"Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak jelaskan berapa banyak mereka akan turunkan harga minyak...pastinya harga minyak itu akan lebih rendah dari sekarang, kalau jawapannya ya sudah tentu jumlah subsidinya lebih besar (mungkin) RM10 bilion sebulan," katanya.

Begitu juga dengan pelupusan hutang pinjaman PTPTN yang berjumlah lebih RM40 bilion serta menghapuskan bayaran tol dan jika kesemuanya ini dilaksanakan sudah tentu negara akan bankrap, kata Muhyiddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana