DAP Tuntut....mahu Teresa jadi pegawai perhubungan Selangor

SHAH ALAM: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik kerajaan negeri Selangor.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat CEC, kelmarin mengambil kira status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, cadangan mengetengahkan Teresa adalah bertujuan untuk memastikan keseimbangan dalam pentadbiran dan politik Pakatan Rakyat Selangor selain menjadikan DAP 'rakan kongsi sekata'.

Malah menurut beliau wakil dari PAS seharusnya diberi kelayakan sama.

“Dalam hal ini, PAS juga patut mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Saifuddin sebagai wakil Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Selangor.

Cadangan tersebut timbul selepas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan pentadbiran beliau untuk meletakkan seorang wakil dikalangan ahli politik Pakatan Rakyat bagi mengkoordinasikan pentadbiran dan politik di Selangor.

Namun dua minggu selepas cadangan itu disuarakan, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor membangkitkan isu tentang keputusan melantik Saifuddin tidak dibincang dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu.

ADUN PKR Batu Caves Amiruddin Shaari memberitahu Antarapos bahawa perkara tersebut telah diusul kepada menteri besar dan pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu mengenai tiga wakil rakyat DAP Selangor yang akan dilantik ke dalam majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rakyat, jelasnya CEC DAP melantik Tony Pua, Datuk Teng Chang Khim dan Gobind Singh.

Majlis yang terdiri daripada sepuluh orang wakil itu akan dipengerusikan Khalid sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana