DAP punca perpecahan kaum - Tun M

KUALA LUMPUR 6 Jun - Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.

Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.

"Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina.

"Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana