Dakwaan 505 mahu pertempuran, PAS bidas polis...Kenapa Bangang Sangat Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membidas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh yang mendakwa peserta himpunan 'Blackout 505' akan cuba  menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Katanya, kenyataan itu, bukan sahaja tidak berasas tetapi cuba menakut-nakutkan peserta dan juga penganjur perhimpunan.

"Kita kesal semalam dengan kenyataan Ketua Polis Wilayah Persekutuan yang seolah (peserta perhimpunan) menghasut, membuat ucapan berbaur hasutan, provokasi yang mengatakan tujuan perhimpunan ini untuk menimbulkan kekecohan.

"Kita akan menyuarakan matlamat kita supaya pengerusi dan timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan," katanya ringkas ketika tiba di ibu pejabat PAS dan disambut dengan laungan takbir oleh peserta perhimpunan.

Setakat ini, peserta masih menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum berarak ke Padang Merbok.

Sehingga kini, keadaan masih terkawal, dengan beberapa pasukan keselamatan mengawasi keadaan.

Semalam, Mohmad Salleh juga berkata polis menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis" dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

Katanya, suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana