Caj parking: PPIM sifatkan MBSA 'cekik darah'...Rakyat Selangor Mahukan PR Negeri Kebajikan Katakan.

SHAH ALAM: Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta di kawasan pentadbirannya daripada 40 sen kepada 60 sen sejam disifatkan sebagai 'cekik darah' oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, meskipun kadar kenaikan itu hanya 20 sen namun ia sebenarnya akan membebankan pengguna khususnya untuk jangka masa panjang.

Sebaliknya, Maamor berkata pihak MBSA hanya wajar berbuat demikian jika terdapat rancangan penambahbaikan yang akan dilakukan bagi menaiktaraf tempat meletak kenderaan terbabit.

"Ini cekik darah lah. Tidak ada justifikasi untuk mereka menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta.

"Saya rasa kenaikan ini memang membebankan pengguna dan tidak sepatutnya kerana bagi saya tidak ada apa-apa penambahbaikan yang dilaku bagi membolehkan mereka menaikkan sewa parking.

"Melainkan kalau sekarang ini pihaknya menambah bumbung atau perketatkan keselamatan, jaminan keselamatan kenderaan dan sebagainya, itu lainlah," katanya.

Justeru, Dr Maamor mencadangkan beberapa bentuk penyelesaian yang patut diambil pihak MBSA dalam menangani masalah ini.

"Ada dua cara. Sama ada tarik balik ataupun lakukan penambahbaikan seperti buat parkir berbumbung, atau tambah pengawal.. barulah ada justifikasi atau alasan yang munasabah,"tambahnya.

Isu ini turut mendapat reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang meminta agar MBSA mempertimbangkan kembali cadangannya untuk menaikkan kadar bayaran tempat letak di kawasan bandaraya berkenaan.

MBSA tidak ada keperluan berbuat demikian memandangkan kedudukan kewangan dan pentadbiran MBSA berada dalam keadaan kukuh dan stabil sekarang, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana