CADANGAN WUJUD TALIAN KHAS TERUS KE BUKIT AMAN DISAMBUT BAIK

Kuala Lumpur, 8 Jun - Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman Dato' Mohamad Fuzi Harun hari ini menyambut baik cadangan untuk mewujudkan talian khas kecemasan yang disambungkan terus ke Bukit Aman seperti disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata saranan tersebut merupakan satu langkah baik dalam usaha polis mengurangkan kadar jenayah dengan kerjasama pelbagai pihak terutama orang awam.

"Saya setuju dengan cadangan tersebut (talian khas), kerana kalau sebelum ini orang awam telefon nombor kecemasan ia akan melalui operator, namun kalau pihak polis mempunyai talian khas yang disambungkan terus ke Bukit Aman, ia akan lebih memudahkan serta cepat untuk kita bertindak.

"Ia adalah perkara yang bagus dalam usaha kita hendak mengurangkan kadar jenayah, dengan adanya talian ini ia akan menjimatkan masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran kempen Bersatu Menentang Jenayah anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di KLCC Park di sini.

Mohamad Fuzi berkata langkah untuk mewujudkan talian tersebut perlu dibincang oleh pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakannya dan berharap cadangan tersebut dapat direalisasikan segera.

Terdahulu Najib dalam ucapannya menyarankan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan mewujudkan talian khas tersebut supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan dalam tempoh masa lebih singkat.

Beliau berkata cadangan itu dibangkitkan oleh seorang bekas pegawai tertinggi polis dalam satu perjumpaan veteran polis bersama beliau baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye turut mengalu-alukan cadangan itu. Beliau berkata langkah tersebut secara tidak langsung mampu meningkatkan penglibatan orang ramai dalam memberikan maklumat kepada polis sekiranya mereka melihat sesuatu kejadian jenayah di kawasan mereka.

"Ya. Ia satu cadangan yang baik dan Bukit Aman perlu pertimbang untuk melaksanakannya," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana