Cacamarba himpunan Padang Merbok...alasan dan alasan

Setelah himpunan Black 505 di Padang Merbok,Kuala Lumpur  petang Sabtu yang hambar apa agaknya drama seterusnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tutup malu kalah dalam PRU13 ?

Siapa saja yang berada di himpunan yang sepatutnya jadi kemuncak bantahan mereka teerhadap keputusan PRU 13 dapat rasa kehadiran yang jauh sangat dari yang didendangkan oleh penganjur adalah satu tamparan hebat kepada bos Pakatan Rakyat itu yang mengidam nak lihat pusat bandar Kuala Lumpur di banjiri lautan manusia.

Alasan..alasan..alasan.Jenuh nak car alasan.Sewaktu himpunan itu berlangsung Anwar telah menyalahkan jerebu bila meyedari tidak ramai yang hadir.

Namun Ahad,kenyataan yang dibuatnya semasa satu konvensyen Pakatan di Ampang seolah mengesahkan andaian selama ini semakin ramai penyokong pembangkang makin letih asyik turun berdemo tak tentu pasal untuk memenuhi rentak politiknya.

Menarik juga bila Ketua pembangkang ini sudah mula bercakap tentang wujudnya ' sindrom kepenatan' dalam pakatan yang malas nak berdemo untuk membantah keputusan PRU13.

Beliau menghentam suara-suara yang mengajak 'mari lihat ke depan' yang membawa maksud terima saja keputusan dan teruskan kehidupan.

Sindrom ini tentunya menjadi mimpi ngeri bagi Anwar dan gengnya yang berhajat sangat nak terbalikan keputusan PRU13 di jalanan menerusi ' Anwar Spring'.

Mungkin geram sangat dengan gelagat puak dalam pakatan yang berfikiran begitu Anwar memetik pandangan Naib Presiden PAS Husam Musa bahawa mereka ini membawa ' suara UMNO' dalam Pakatan Rakyat.

Anwar selalu hidup dengan anggapan semua orang akan terus termakan dengan rentaknya.

Bagi kebanyakan orang saluran petisyen di mahkamah sudah ada...jadi mau apa lagi.

Kata Anwar lagi,Pakatan Rakyat tidak ada rancangan buat masa ini untuk menganjurkan demo lagi.

Namun beliau membayangkan ia mungkin dibuat oleh NGO-NGO yang mengoyokong Pakatan Rakyat.

Katanya beliau tidak dapat bercakap bagi pihak NGO-NGO berkenaan.

Menurut Anwar Pakatan Rakyat akan tumpu kepada petisyen dan usaha di luar negara.

Para pemerhati politik melihatnya sebagai taktik  ' pi mai..pi ..mai tang tu juga.'

Contohnya himpunan Bersih dulu dianjurkan atas nama NGO tetapi yang turun tetap bos-bos Pakatan Rakyat juga.

Alasan tidak mahu anjur lagi demo buat masa ini mungkin satu alasan politik untuk ' tekan brek' bila melihat himpunan Padang Merbok nyata gagal.

Lojiknya mana Anwar dan gengnya hendak letak muka jika misalnya himpunan seterusnya anjuran mereka terus tidak mendapat sambutan.

Maka selepas ini kalau himpunan  ajuran  NGO-NGO itu gagal  sekurang-kurangnya ada tempat untuk sembunyikan rasa malu.

Ini taktik..semua orang sudah boleh baca Pak Sheikh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana