Cabar presiden: Umno parti demokratik, kata PM

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pasti jika dirinya akan dicabar pada pemilihan parti itu tahun ini tetapi menegaskan bahawa Umno adalah  sebuah parti yang demokratik.

"Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik. Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib dengan sinis pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC di sini petang tadi.

Pemilihan kali ini menyaksikan hampir seramai 150 ribu orang yang terlibat dalam menentukan pucuk pimpinan parti, bermula daripada jawatan presiden sehinggalah ke jawatan ahli majlis tertinggi. Ia akan dilakukan dalam tempoh beberapa jam secara serentak di 191 bahagian seluruh negara.
Najib juga berkata pemilihan parti tahun ini akan mengguna pakai perlembagaan parti yang baru yang telah digubal tiga tahun lalu.

"Kita telah tetapkan bahawa pemilihan parti akan dilaksanakan pada tahun ini, di mana pemilihan akan menggunakan perlembagaan parti baru.

"Perlembagaan parti yang baru ini lebih kompleks kerana ia sejajar dengan pembaharuan yang telah kita mulakan tiga tahun dahulu, (yang) belum kita kuatkuasakan.

"Sebuah pasukan akan turun padang ke setiap negeri diketuai oleh Tan Sri Tajol Rosli (Mohd Ghazali) dengan Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan beberapa (orang) lagi.

"Mereka akan menjelaskan kaedah yang baru berdasarkan perlembagaan parti yang baru," katanya.

Menurut Najib, mesyuarat parti peringkat cawangan hanya akan berlangsung selepas selesainya proses penerangan perlembagaan baru parti.

"Tarikh paling awal untuk adakan mesyuarat cawangan adalah pada 15 Julai hingga 31 Ogos.

"Diikuti mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung. Kedua-dua tarikh ini kita akan umumkan selepas kita dapat maklumbalas daripada pasukan yang turun padang.

"Dan kita akan lihat terutama dari segi kefahaman dan keperluan logistik untuk mengendalikan pemilihan yang melibatkan jumlah yang begitu besar," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana