Boikot taklimat Parlimen: Pembangkang menyusahkan diri sendiri...

Inilah masalahnya apabila orang tak boleh terima kekalahan, ada saja cara nak buat kacau, macam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim and the geng yang merancang nak boikot taklimat parlimen pada 11 Jun ini.

Menurut Datuk Seri Shahidan Kassim, tindakan tersebut amat tidak wajar sebab pada hari tersebut ia bukan saja taklimat sebaliknya hari hendak buat kad identiti untuk akses, isi semua borang yang berkaitan untuk urusan gaji, surat menyurat dan lain-lain.

"Ini sebagai persediaan sebelum persidangan penuh nanti," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memberikan talimat mengenai semua prosedur berkaitan persidangan penggal pertama bermula 24 Jun ini.

"Ia penting, semua hadir termasuk Perdana Menteri sendiri,"katanya yang merupakan Menteri di JPM yang bertanggungjawab ke atas Parlimen menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz yang berpindah ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Media pro pembangkang pada Jumaat menyiarkan kisah Majlis Pimpinan PR setuju untuk memboikot taklimat parlimen yang akan diadakan Selasa depan.

Langkah itu nak tunjuk mereka protes keputusan PRU13 yang mana menyaksikan BN menang dengan 133 kerusi dan pembangkang 89.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Shahidan memberitahu, beliau masih mencari tempat yang sesuai untuk membolehkan rakyat bertemu ahli parlimen masing-masing.

"Sekarang ini Parlimen sedang diubahsuai, jadi kawasannya agak terhad, saya tengah cari kawasan sesuai untuk membolehkan rakyat bertemu ahli parlimen mereka. Di situ semua orang boleh hadir," katanya.

Beliau juga memberitahu, ruang untuk petugas media akan dibesarkan.

"Sekarang ini agak sempit, petugas media semakin ramai," ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Tindakan anggota Parlimen Permatang Pauh itu pastinya mengundang kritikan terhadapnya dari segenap sudut.

"Kita mempertimbangkan pilihan sama ada untuk memulaukan sesi pembukaan," katanya.

Anwar hampir pasti akan dicadangkan semula sebagai ketua pembangkang walaupun PKR bukan lagi menguasai jumlah kerusi dalam Parlimen.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana