BNBBC Perak bidas Palanivel...Agak Agak lah

SHAH ALAM - Pengerusi Kelab Adun Barisan Basional (BN) Negeri Perak, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib menggesa supaya Presiden MIC, Datuk G Palanivel tidak menggunakan isu Speker Dun Perak untuk mengukukuhkan kedudukan di dalam parti tersebut.

Beliau mendakwa, kenyataan berbaur ugutan daripada Palanivel sebelum ini hanya akan menjatuhkan kredibilitinya sebagai presiden di dalam salah satu parti komponen BN.

"Palanivel tidak boleh mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang dihadapi beliau.

"Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam BN yang sentiasa berpegang kepada prinsip muafakat dan menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terbaru, menurut laporan media MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan  Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Umno, jika jawatan Speker Dun tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.

Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Exco di negeri dipimpin Umno itu.

Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata Ahli Parlimen Cameron Highland itu.

"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khusairi yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim berkata Palanivel perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan menghormati jawatan yang dipegangnya sebagai salah satu parti komponen BN.

Tambahnya, Zambry tidak akan mengenepikan kaum India dalam memberi jawatan dalam negeri yang ditadbirnya.

"Kita percaya Zambry tidak akan melupai masyarakat India dalam pentadbiran negeri,  malah ketika Palanivel tidak mengendahkan kedudukan jawatan kaum India dalam pentadbiran negeri,  Zambry menambahkan lagi seorang pegawai khas, seorang penasihat, selain tambahan senator," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana