BN Berterima Kasih Kepada Rakyat Sarawak Sentiasa Beri Sokongan


KUCHING, 31 Mei – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, kerana menyokong teguh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei lepas, serta kerana memahami janji pilihan raya itu akan dikotakan.

Taib yang juga Pengerusi BN negeri, berkata kemenangan besar itu mencerminkan sokongan padu Sarawak terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri untuk terus meneraju negara ini.

“Ini petunjuk kekuatan rakyat di Sarawak yang bersatu, stabil dan memahami bahawa banyak lagi peruntukan akan disalurkan kerajaan persekutuan bagi pembangunan yang memberi manfaat kepada mereka seperti dijanjikan (Perdana Menteri),” katanya dalam mesej sempena sambutan Hari Gawai, di sini.

Di Sarawak katanya, setiap tahun kerajaan BN memperuntukkan 70 peratus daripada belanjawan, untuk pembangunan terutama di kawasan luar bandar, sebagai usaha mempertingkatkan taraf ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan.

Taib juga gembira kerana masyarakat luar bandar semakin peka dengan kepentingan pendidikan berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar di kawasan itu dalam peperiksaan umum.

“Mereka inilah yang akan menjadi golongan berpendidikan tinggi, menjadi pemimpin pada masa depan dan meneraju yang lain ke peringkat lebih tinggi,” katanya menambah negeri itu memerlukan lebih banyak tenaga manusia berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan yang ditawar oleh Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan tempat lain di Sarawak.

Atas faktor itulah kerajaan katanya mewujudkan enam institusi pengajian tinggi, sekolah vokasional dan pusat serta institusi latihan belia dengan kerjasama swasta bagi menyediakan pendidikan dan latihan teknikal kepada rakyat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata beliau melihat masyarakat luar bandar memahami sepenuhnya akan keperluan menyokong kerajaan BN yang mempunyai program dan strategi baik untuk membangunkan negeri serta menaikkan taraf hidup rakyat.

Kerajaan BN juga memastikan generasi muda mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti termasuk pendidikan teknikal bagi menjamin masa depan mereka.

“Terima kasih atas sokongan yang bertambah daripada masyarakat luar bandar,” kata Jabu dalam mesej Hari Gawainya.

Menurut Jabu, kerajaan BN akan membalas budi mereka dengan program dan pembangunan untuk rakyat yang bertuah mempunyai Najib dan Taib sebagai pemimpin mereka, kerana kedua-duanya bukan sahaja berkebolehan tetapi juga memahami keperluan rakyat termasuk kesukaran yang dihadapi penduduk di pedalaman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana