BN akan failkan lebih 50 petisyen PRU13

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Petisyen itu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memihak kepada pembangkang.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi (MT) UMNO selepas PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan PKR akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan PRU13 di mahkamah setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan pilihan raya 5 Mei, lalu.
 
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini berkata petisyen itu, yang melibatkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), akan difailkan dalam masa terdekat.
 
"Kita akan mengkordinasikan proses memfailkan petisyen itu dengan anggota pakatan kita yang lain, DAP dan PAS," katanya.

Manakala PAS pula dilaporkan akan memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan pilihan raya umum berkenaan.

Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan DUN di Perak, Terengganu dan negeri lain.

“Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi.

Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana