Black505:Keluhan Pemandu teksi merungut penumpang kurang

KUALA LUMPUR: Perbuatan sekumpulan individu berkumpul di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Medan Tuanku di sini hari ini, mengundang rungutan pemandu teksi kerana menjejaskan pendapatan mereka.

Menurut beberapa pemandu teksi, kumpulan itu yang berhimpun seawal 9 pagi dipercayai mahu menyertai satu lagi perhimpunan lebih besar yang dianjurkan pembangkang di Padang Merbok pada sebelah petang.

"Sejak pukul 5 pagi tadi sampai sekarang (tengah hari), saya baru dapat tiga penumpang. Biasanya sebelum tengah hari saya sudah boleh dapat 10 penumpang," kata Prem Singh, 47, yang menjadikan kompleks itu sebagai lokasi mengambil penumpang pada setiap hujung minggu.

Menurut pemandu teksi dari Ampang, Selangor itu, penumpang yang menaiki teksinya juga memberitahu mereka takut dengan demonstrasi yang akan dilakukan kumpulan terbabit.

"Kalau ini berterusan saya bimbang tak dapat cari makan," katanya yang telah tiga tahun bergelar pemandu teksi di Lembah Klang.

Seorang lagi pemandu teksi pula mendakwa tidak ramai penumpang yang mahu ke kompleks itu hari ini, tidak seperti kelaziman hari hujung minggu lain.

"Tak ramai nak ke sini gara-gara hal ini (demonstrasi). Ini menyukarkan kami yang mahu mencari rezeki," kata Mohd Sazuan Safa, 33.

Sementara itu, sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah berkenaan hanya mengambil tempahan bungkus.

"Kami menerima arahan dari pihak atasan supaya tidak membenarkan pelanggan menikmati makanan di sini kerana takut restoran kami terjejas," kata penyelia restoran Anne @ Zaitun Abdul Ghani, 39.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana