Black 505: Beberapa Kumpulan Terus Berkampung di Padang Merbok...Bangang Namanya Ini

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada peserta Himpunan Black 505 terus berkampung dan akan bermalam di Padang Merbok, walaupun himpunan berkenaan telah berakhir pada pukul 6 petang Sabtu.

Terdahulu, pada akhir himpunan berkenaan pengacara majlis mengumumkan peserta akan kekal berkampung di padang berkenaan dengan tujuan mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan mereka.

Pemimpin gerakan Asalkan Bukan Umno (Abu), Harris Fatillah Mohamed Ibrahim berkata, tempoh kempen itu akan berlangsung selama dua malam bermula Sabtu sehingga Isnin sebelum berarak ke Parlimen.

"Lebih banyak khemah akan didirikan di Padang Merbok pada malam ini (Sabtu).

"Kita jangkakan lebih banyak akan hadir. Kita rancang untuk dua hari, tetapi kita tak akan pergi selagi (pimpinan) SPR berundur," katanya.

Kira-kira 30 hingga 40 buah khemah telah didirikan di Padang Merbok, sementara Abu berkata kumpulan berkenaan akan mendirikan khemah mereka pada pukul 10 malam.

Bagaimanapun, peserta himpunan yang berkampung di padang berkenaan pasti tidak akan selesa kerana kemudahan awam seperti tandas awam berhampiran turut ditutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara kumpulan yang turut serta ialah Solidariti Anak Muda Malaysia, Abu, Solidariti Mahasiswa dan beberapa orang awam.

“DBKL telah menutup tandas awam di sini,” kata Haris kepada The Star Online.

Setakat ini, pihak polis mahupun DBKL tidak mengambil tindakan mengalihkan khemah-khemah yang telah dipasang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana