Black 505: Azmin Bongkar Nepotisme Dan Keretakan PKR

Azmin secara tidak sengaja terbongkar retak dalam pakatan semasa himpunan Blackout 505 Padang Merbok. Kehadiran beliau memberikan sokongan sememangnya sekadar lakonan hambar yang tidak mampu dipentaskan dengan baik. Amat ketara retak menanti belah apabila pentas ceramah Padang Merbok tidak diwarnai oleh beliau. Kenyataan terbuka penuh kontroversi Azmin Ali yang menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan telah mengundang bala apabila beliau seolah-olah dipulaukan oleh pakatan haram yang sentiasa berorientasikan kekerasan dalam tindak tanduk mereka.“Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja,” kata Azmin Ali.

Disamping itu juga Azmin mendakwa PKR mengamalkan nepotisme dalam memilih Menteri Besar Besar Selangor dan perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu. Sebarang isu moral pemimpin pembangkang tidak pernah menjadi keutamaan mereka dalam menentukan kredibiliti seseorang pemimpin. Namun sebarang kenyataan yang menentang kekerasan dan keganasan tindak tanduk mereka menjadi alasan yang cukup kuat untuk pembangkang memulaukan dan meminggirkan seseorang pemimpin itu. Rakyat harus sedar bahawa pembangkang merupakan sebuah parti yang berpegang kepada keganasan dan kekerasan tanpa mengambil kira nilai murni moral yang menjadi teras utama dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu kriteria pembangkang sememangnya tidak layak memimpin negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana