Apa Sudah Jadi...Selangor Times yang disokong kerajaan negeri ditutup

PETALING JAYA: Akhbar Selangor Times yang diterbitkan oleh inisiatif swasta dan disokong oleh kerajaan negeri Selangor telah dihentikan penerbitannya berikutan masalah kekurangan dana.

Kali terakhir akhbar komuniti itu diterbitkan adalah edisi 118 pada 12 April lalu. Selangor Times dilancarkan sekitar tahun 2010-an dan diedarkan secara percuma.

Adalah difahamkan bahawa pelabur utama akhbar berkenaan telah menarik diri daripada syarikat itu yang juga bergantung kepada hasil pengiklanan bagi sumber kewangannya.

Penerbit akhbar berkenaan juga dilaporkan telah berusaha mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri Selangor tetapi sehingga hari ini belum ada keputusan muktamad dibuat.

Portal fz.com yang menghubungi bekas exco negeri bagi portfolio pelaburan, Teresa Kok mengesahkan masa depan akhbar itu akan ditentukan oleh "dasar dan hala tuju kerajaan negeri Selangor."

"Semua akhbar akan hadapi masalah kewangan. Masalah kewangan biasanya tidak menghalang akhbar itu daripada diteruskan jika defisit yang dialami adalah tidak terlalu tinggi," katanya kepada portal itu.

"Saya fikir isu Selangor Times kini adalah hala tuju kerajaan Selangor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana