Apa dah jadi..Mereka Mereka Ini?

Time sebelum PRU13 dulu bukan main panas golongan artis yang berhijrah menyokong Pakatan Rakyat diusung kehulu-kehilir, satu hari sampai 3 ke 4 program naik turun pentas, pendek kata selatan sampai utara mereka diarak...cakap saja berapa mau bayar? Semua beresss.....

Sekarang demam panas ceramah PRU-13 dah habis...dah kebah kata orang utara...hahaha...

Artis yang dok PR khabarnya masih ada yang belum kebah (belum sembuh) dari demam...apa tak-nya, program dah kureng,ceramah dah slow. Kalau ada ceramah pun yang dijemput hanya YB-YB yang baru jadi YB...yang kalah pun ramai yang dok diam.

Orangni terbaca satu keratan akhbar tanahair dengan tajuk muka depan-nya " Kesian Hairie". Haire Othaman hero filem Leftenan Adnan dikatakan kecewa sebab sekarang PR seperti melupakan golongan artis sejak lepas PRU-13.

Orangni pernah katakan dulu pada beberapa orang member artis,bahawa selepas PRU nanti semua ahli politik akan slow sikit dalam kerja politik,terutamanya program ceramah tentu akan slow gila dalam masa 5-6 bulan sebelum rancak kembali.

Sekarang baru dalam sebulan selesai PRU, Hairie dah mula terasa keadaan yang Orangni maksudkan...hahaha...

Apapun Orangni harap kepada ahli-ahli politik ambil peduli perkara ini, jangan kerana dah habis PRU menyebabkan golongan artis dalam PR dilupakan, sesuatu perlu dibuat...jangan masa nak perang saja "pandang" mereka,lepas perang mereka dilupakan.

YB-YB dan ahli politik dalam PR jangan dok syok dengan kemenangan yang ada sekarang, artis yang bersama PR sebahagian dari jentera politik,kalau mereka merajuk Orangni tak pandai pujuk....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana