Anwar tuntut SPR ditukar, tetap mahu berhimpun...Inilah Dikatakan Bangang Tak Sudah Sudah ANWAR Ni

JAKARTA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memburuk-burukkan negara dengan kali ini mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu diselubungi penipuan dan hanya demonstrasi jalanan mampu memperbetulkan keadaan.

Menurut organ rasmi parti itu, keadilandaily.com, Anwar menuntut supaya isu itu ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang.

"Selesaikan soal pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya dipetik oleh portal itu.

Pada sidang akhbar kepada wartawan Indonesia di sebuah hotel di Jakarta, pagi ini, Anwar juga berkata perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya tidak diselesaikan.

“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.

“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar sambil menambah Himpunan Blackout 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini, meskipun kerajaan meminta agar ia diadakan di mana-mana stadium agar tidak mengganggu kelancaran lalu lintas dan ketenteraman awam.

Himpunan itu bertujuan memaksa pegawai kanan SPR meletakkan jawatan.
Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Pakatan gagal menumbangkan Barisan Nasional tetapi sukar menerima keputusan itu dan mendakwa berlaku penipuan. Meskipun petisyen pilihan raya sudah difailkan, namun mereka tetap mahu mengadakan demonstrasi hampir setiap minggu.

Ironinya, pemimpin Pakatan tidak pula mempertikaikan keputusan di negeri-negeri yang dimenanginya seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Anwar turut membidas tindakan polis yang menangkap 15 peserta ‘flashmob’ Blackout 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.

Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdeka apabila pengedaran risalah dianggap sebagai kesalahan.

“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya yang dipetik keadilandaily itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana