Anwar Risau Pendirian Wakil Rakyat PAS

Anwar sangat gembira pagi ini apabila dapat tahu, kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak hadir di Majlis khas bersama Parlimen hari ini. Semua. Tak ada wakil yang hadir pun.
Dalam perbincangan lewat malam semalam, Anwar sudah membuat ketetapan bahawa peranan di Parlimen akan banyak dimainkan oleh Ahli Parlimen PKR dan DAP.
Anwar sendiri tidak yakin ada wakil rakyat PAS yang mampu memberikan hujah yang baik di dalam Parlimen. Kalaupun ada, tiga orang sahaja – Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan Dr Hatta. Kedua-dua ini akan dianggap sebagai rakan strategik kepada usaha PR mengetengahkan isu yang panas di Parlimen.
Beberapa nama Ahli Parlimen Pas sudahpun diblacklist oleh Anwar. Semuanya kerana di atas sebab-sebab politik.
Antara yang tidak digemari oleh Anwar:
- Nik Abduh – Dr Khairuddin Aman Razali – Che Rosli Che Mat – Ustaz Marzuk – YB Ustaz Baihaqi – Dr Nik Mazian
Menurut laporan yang Anwar terima, ramai antara Ahli Parlimen Pas kali ini adalah kelompok ‘traditionalists’ dan bukan liberal. Erdogan jauh sekali.
Dalam pada sibuk memilih isu untuk diketengahkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar mahu wakil rakyat PKR menjadi dominan di dalam sidang kali ini. Walaupun kehilangan Yusmadi dan Saifuddin. Ianya sudah diganti oleh Rafizi dan Shamsul Iskandar. Anwar masih rasa kuat.
Senarai isu akan dipersetujui di dalam Majlis Pimpinan PR. Mahu tak mahu, Pas perlu ikut dan menurut sahaja. Isu-isu moral, akhlak dan sebagainya diminta sangat agar dijauhkan – bersandarkan kepada tragedi sama yang berlaku terhadap Setiausaha Agung Pas. - GelagatAnwar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana