ANWAR MENJERAT DIRINYA KERANA YAKIN MENANG. BILA KALAH, DIA TIPU RAKYAT PULAK....

Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut.

Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani “Perjanjian” itu.

Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terliba tmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju.
Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana