Anwar Ke Indonesia Mengadu Kecurangan PRU13...Jenis Manusia Yang Tak Guna

JAKARTA 17 Jun - Kunjungan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia adalah bagi mengadu kepada Presiden republik tersebut Susilo Bambang Yudhoyono berkenaan 'kecurangan' yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Anwar yang dipetik menerusi akhbar tempatan berkata, beliau juga bertemu dengan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla bagi tujuan yang sama.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja.

"Beliau beritahu saya, ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pilihan raya Malaysia dan juga rundingan yang berkaitan dengan 'kecurangan' tersebut,"  katanya kepada pemberita Indonesia, semalam.

Tambahnya, beliau tidak pernah sekalipun diberi peluang untuk tampil menerusi media arus perdana Malaysia sepanjang lima tahun menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang, lapor VIVAnews.

"Saya tidak dibenarkan masuk ke kampus (universiti), media kerajaan juga tidak boleh," dakwa Anwar.Menurut beliau, sebarang isu berkaitannya akan diserang serta dikritik oleh media Malaysia samaada ianya merupakan isu kecil mahupun besar."Harus diketahui, di Malaysia pilihan raya itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di televisyen.

"Bagi rakyat yang tinggal di Malaysia mereka boleh memahami, setiap malam kita dipanggil pro-Amerika, Yahudi, pelampau Islam, pro-Hindu-Buddha, alat Cina. Setiap malam diserang oleh media," katanya.
Laporan tersebut turut menyebut bahawa Anwar mendapat kemenangan dan seharusnya mentadbir Malaysia."Saya memenangi lebih 50 peratus dan (Datuk Seri) Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia?," dakwanya lagi.

Sementara itu, Jusuf mempelawa dirinya menjadi perantara bagi kemelut politik antara Najib dan Anwar tetapi ditolak ketua pembangkang itu."Saya berkata kepada JK, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai.

"Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang," ujarnya kagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana