Alang-alang nak boikot...

 Alang-alang nak boikot, apakata pada majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat pada 24 Jun ini semua 89 orang anggota pembangkang jangan datang langsung dari tarikh itu selama enam bulan.
Kemudian dengan sendirinya tergugur sebagai ahli parlimen dan boleh diadakan pilihan raya kecil semula bagi semua 89 kawasan untuk rakyat menentukan semula wakil rakyat mereka.
Begitulah bunyi cabaran Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang bernada sinis dan kesal dengan sikap anggota parlimen pembangkang tidak hadir taklimat parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pagi Selasa.
"Saya amat kesal hari ini pihak pembangkang tidak hadir taklimat parlimen kerana ianya amat penting untuk mengemaskini dokumen pengenalan diri, akaun gaji dan lain-lain, alang-alang mereka tidak ingin hadir eloklah pada 24 Jun ini pun tak payah hadir untuk angkat sumpah. Dan eloklah juga mereka tak payah hadir selama enam bulan kerana kalau ikut peraturan tidak hadir selama enam bulan (sidang Dewan Rakyat) mereka tergugur sebagai anggota Parlimen," kata Ahmad Maslan yang ditemui Agendadaily Selasa.
Katanya, "bolehlah kita adakan pilihan raya kecil di semua 89 kawasan parlimen. Mereka perlu serahkan kembali mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka itu untuk diberi semula kepada orang lain yang rakyat akan tentukan semula."
Ahmad Maslan juga menganggap mereka itu hipokrit dan sandiwara serta membohongi diri sendiri sebab tiga negeri yang mereka menang telah diterima dengan angkat sumpah jadi Menteri Besar dan pelantikan exco.
"Kita (BN) yakin dengan sistem yang dilaksanakan oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) itu telus dan benar hingga banyak pihak antarabangsa mengiktirafnya," tambahnya.
Mengulas usaha untuk buat perhimpunan, Ahmad Maslan berkata, "mereka ini adalah perosak negara kerana ingin memberi imej yang tidak baik pada keadaan negara kita yang aman damai dan tenteram, perbuatan yang amat tidak bertanggung jawab."
"Kalau kau (pembangkang) dah kalah...kalahlah, jangan tuduh orang nak menipu, kami tidak kata SPR menipu ketika kalah tiga negeri, kita terima.
"Tiga negeri yang mereka menang, kita terima, kalau hajat di hati memang tiga negeri itu kami nak tawan dan kami mahu dua pertiga tapi sudah kami tak dapat, kami mengaku kami tak dapat tapi kami akan berusaha lagi," kata Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Ahmad Maslan berkata, "jadilah orang yang bertamadun sikit, jangan nak memalukan negara, nak merosakkan negara pada imej antarabangsa kerana ianya akan memberi implikasi ekonomi. Inilah politik hipokrasi tahap paling tinggi dan pada pemimpin pembangkang serta penyokong yang sudah tu sudahlah kita mesti 'move forward' enam tahun ke hadapan negara kita menuju sebagai negara maju berpendapatan tinggi, pada ketika itu rakyat Malaysia berpendapatan tinggi dan sebenarnya kita tidak ada masa nak melayan perosak-perosak semacam ini."
Menurutnya, keadaan negara kita berada dalam global yang memerlukan dokongan pimpinan yang kuat dan kita telah dapat pimpinan ini, kita ingin 'move forward' dan kita harapannya mereka (pembangkang) juga 'move forward'.
Menyentuh soal pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan yang dikatakan menjadi perhatian rakyat, Ahmad Maslan berharap segala 'orang-orang' yang bertanggungjawab menangkap dan menguatkuasakan peraturan serta undang-undang hendaklah memastikan mereka yang ditangkap itu kemudian dibicarakan dan segala maklumat lengkap perlu diperolehi supaya mereka itu yang jelas melanggar peraturan dipenjarakan dan dihukum.
"Jangan kita tangkap dan kerana kelemahan pendakwaan kita maka dilepaskan kemudian jadi isu pulak. Mereka akan kata, mereka telah ditangkap sedangkan mereka tidak salah, jadi kita kena betul-betul buat kerja supaya kemas dan tegas." ujarnya.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana