Alahaiii...Musa Hassan Apa Teruk Benar Kau Ni

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dipetik akhbar pro pembangkang The Malaysian Insider sebagai berkata “Generasi muda Cina membenci rasuah. Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu”.

Sekurang-kurangnya itu yang dipetik, penulis tidak ubah satu ayat pun.

Ada juga yang pertikai sama ada benar Musa Hasan berkata begitu atau The Malaysian Insider yang buat kesimpulan sendiri, penulis tidak pasti.

Setakat yang penulis periksa dari banyak sumber, tidak berjumpa ayat yang begitu keluar dari mulut Musa, rasanya The Malaysian Insider guna modus operandi biasa, petik kenyataan orang Melayu, guna wartawan Melayu untuk tulis artikel tersebut dan tuduh orang Melayu rasuah.

Dalam erti kata lain, The Malaysian Insider yang dikuasai pembangkang ini cuba main isu perkauman tapi dalam cara yang tersembunyi dan tidak terang-terangan. Tak mengapalah, cuma jangan ingat dia seorang saja tahu, kita pun bijak jugak.

Rasanya golongan muda Cina hari ini pun tak bodoh sangat untuk tahu, kalau orang Melayu dikatakan tak layak dihormati kerana makan rasuah (memetik kata Musa Hasan dalam The Malaysian Insider), orang mana pulak yang banyak beri rasuah?

Ayat macam “Ala latuk, biasalah, lu senang wa senang”, “kawan, kita kila belakangla, apa mau susah-susah, lu pun mau kaya maa” dan yang seumpama dengan itu, orang mana pulak yang mula?

Cuma masalah di negara kita, pemberi dan pemakan rasuah jarang yang di dakwa sekali kerana pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) - yang ada paling banyak lembaga penasihat yang dipertikaikan keberkesanannya (salah seorang daripadanya adalah blogger) ini, perlu salah seorang untuk dijadikan saksi di Mahkamah.

Dalam keadaan biasa, pemberi rasuah dijadikan agen provokator untuk memerangkap pemakan rasuah atau vice versa, tak pernah yang dua-dua sekali ditangkap. Walhal, patut dua-dua sekali kena, barulah bila ada kes rasuah keluar dalam TV, bukan muka orang Melayu saja keluar, muka orang yang lagi satu pun ada juga.

Tak bolehlah kata yang makan rasuah saja golongan muda Cina tak hormat, yang banyak beri rasuah kita nak kena hormat? Kalau ikut logik, dua-dua pun tak layak dihormati. Musa Hasan pun tahu, dia bukan bodoh lagu tu.

Oh ya, cakap pasal blogger itu, dia baru-baru ini dok sibuk mempertikaikan penasihat Perdana Menteri, dia terlupa yang dia pun penasihat juga di SPRM. Sebelum pertikai penasihat orang, apa sumbangan dia sebagai ahli lembaga penasihat di SPRM? Kalau takde sumbangan, letak jawatan sajalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana