Ahli, Penyokong Pembangkang Diperbodohkan Pemimpin Sendiri

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Tindakan wakil rakyat pembangkang yang hadir dalam majlis angkat sumpah di Parlimen hari ini sudah cukup untuk membuktikan, bahawa selama ini para penyokong dan ahli pembangkang telah dipergunakan oleh kepimpinan tertinggi mereka hanya untuk kepentingan politik peribadi masing-masing.
Menurut Ketua UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus, beliau berpendapat ahli dan penyokong pembangkang ini begitu mudah diperbodohkan oleh kepimpinan pakatan pembangkang sehingga terpengaruh seratus peratus dengan apa yang didakwa oleh para pemimpin ketiga-tiga parti tersebut.

“Saya merasa agak kesian melihat ahli dan penyokong yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga berhimpun di sana sini akibat terpengaruh dengan kata-kata pemimpin pembangkang.

“Baru-baru ini dalam keadaan jerebu yang membahayakan kesihatan pun mereka sanggup untuk berhimpun, malah ada yang membawa anak-anak kecil mereka. Ini membuatkan saya berasa amat simpati dengan mereka,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sedangkan hari ini menurutnya lagi, pemimpin pembangkang yang mendakwa bahawa SPR menipu, berlakunya penyelewengan, blackout dan sebagainya telahpun mengangkat sumpah sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

“Inilah maksud saya, penyokong dan ahli pembangkang telah dipergunakan oleh kepimpinan mereka. Jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan SPR dan menganggap PRU ke 13 ini satu penipuan, mereka takkan hadir untuk angkat sumpah.

“Tapi mana mungkin mereka tak hadir. Apabila angkat sumpah, maka barulah sah mereka bergelar Ahli Parlimen. Bila sah bergelar Ahli Parlimen, maka mereka akan menerima elaun sebagai ahli parlimen dan inilah sebab mengapa mereka tak boikot upacara angkat sumpah, biarpun di merata tempat mereka mendakwa SPR menyeleweng, menipu dan sebagainya,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana