Adik angkat sumpah Senator jadi timbalan menteri, abang ke penjara...

Sudah pasti hari ini, 5 Jun 2013, akan jadi hari penuh kenangan dalam keluarga besar adik beradik P. Uthayakumar dan P. Waytha Moorthy.Seorang ke penjara, seorang lagi angkat sumpah Senator jadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sang abang, Uthayakumar dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini setelah didapati bersalah menulis surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain, enam tahun lalu.

Uthayakumar yang sepatutnya membela diri bermula Isnin, memilih untuk 'membisu' sebagai tanda protes terhadap pertuduhan tersebut.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain memutuskan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Manakala P Waytha Moorthy, 47, yang dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pula hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan para anggota Dewan berkenaan.

Dalam kenyataan kepada pemberita kemudiannya berkata beliau menghargai kepercayaan yang diberikan Najib dan peluang itu akan digunakan bagi meningkatkan kebajikan masyarakat India.

"Kami telah lama berjuang untuk memastikan suara kami didengari, jadi ini ialah permulaan baharu bagi kaum India," katanya.

Dua beradik itu sebelum ini mengasas dan menubuhkan Hindraf.

Namun nasib mereka berbeza selepas Waytha Moorthy ingin membantu masyarakat India melalui dalam kerajaan manakala Uthayakumar meneruskan 'perjuangannya' tanpa berkerjasama dengan kerajaan mahupun pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana