88 MP pembangkang boikot taklimat parlimen

KUALA LUMPUR: Hanya seorang wakil pembangkang hadir ke taklimat Parlimen penggal ke-13 pagi ini manakala 88 yang lain dipercayai memboikot sesi tersebut.

Wakil pembangkang yang hadir hanya Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tidak terkejut dengan perkara itu.

"Setakat yang saya tahu, mereka ada sebab. Kita amalkan demokrasi. Siapa yang datang, datang dan siapa yang tidak, tidak datang," kata Pandikar pada sidang media sebentar tadi.

Dalam pada itu mengenai cadangan ahli parlimen pembangkang mahu memboikot majlis angkat sumpah 24 Jun ini, Pandikar berkata sekiranya perkara itu berlaku maka pihak Parlimen boleh mengambil tindakan terhadap mereka.

"Kalau tidak datang (angkat sumpah) pada hari pertama, itu penghinaan kepada Parlimen, negara, Yang di-Pertuan Agong,

"Parlimen akan ambil tindakan sebagai penghinaan, tetapi saya tidak pasti tindakan itu kerana belum pernah berlaku sepanjang kemerdekaan," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat kepada ahli dewan rakyat parlimen ketiga belas.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, "Hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".

Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan memboikot majlis angkat sumpah Parlimen ke-13 kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjalankan proses pilihan raya pada 5 Mei lalu.

Namun perkara itu tidak mendapat persetujuan rakan sekutu PAS dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana