Zul Noordin : Blackout 505 Cetusan Anwar ke arah 'Arab Spring'

KUALA LUMPUR 27 Mei - Kerajaan sewajarnya bertindak tegas menghentikan Himpunan Blackout 505 anjuran Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mencetuskan rusuhan Arab Spring di Negara ini.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ianya merupakan perancangan Ketua Pembangkang itu yang tidak pernah percaya kemenangan bakal memihak kepadanya menerusi sistem undi Pilihan Raya.

"Anwar tidak pernah percaya bahawa dia akan menang melalui Pilihan Raya.
"Sejak zaman gerakan reformasi lagi, saya dan rakan-rakan bergelar kumpulan reformis ini berpegang pada prinsip kemenangan hanya dapat diperolehi di jalan raya," katanya ketika ditemui KLPOS di sini malam tadi.Beliau menjelaskan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula merancang rusuhan sebegini sejak melancarkan Gerakan Reformasi sekitar bulan September 1998.

Katanya, Anwar begitu yakin strategi ini berupaya mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya tatkala berhadapan dengan sebarang konflik.

"Jika kita lihat cara Anwar dari zaman pelajar (mahasiswa) ke zaman Ops Baling hingga hari ini, itu sahaja taktik dia.

"Apabila dia berdepan dengan masalah, dia akan heret rakyat bersama dengannya," ujarnya.
Dalam pada itu, Zulkifli menggesa Kerajaan Pusat mengambil contoh era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani sebarang krisis melibatkan keselamatan dalam Negara.

Mengambil contoh insiden kebangkitan Reformasi 15 tahun lalu, Zulkifti menegaskan Tun Mahathir berjaya menghentikan pengaruh kumpulan reformis dari terus meracuni pemikiran rakyat.

"Akibat ketegasan Tun Dr. Mahathir dan polis pada ketika itu, ianya berjaya mengekang reformasi dari terus merebak menjadi Arab Spring di Malaysia.

"Apa yang paling penting, Kerajaan hari ini mesti kekang dan bertegas dalam isu ini.

"Kerajaan tidak boleh sekadar memberi amaran semata-mata kerana Anwar tidak takut pada amaran," tambahnya.

Comments

Tanah Melayu said…
sampai bila orang melayu nak bersabar..kdn cepat selesaikanya ikut undang2 sebelum anak melayu selesaikan ikut cara tanah melayu
Unknown said…
Apa yg menghalang KDN dan PDRM mengambil tindakan terhadap DSAI? Kami masih ternanti2 tindakan seterusnya. . .

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana