Wakil wanita PKR kesal calon pilihan pusat


PETALING JAYA: Wanita PKR Sabah melahirkan rasa kesal terhadap pimpinan pusat kerana gagal meletakkan ramai calon wanita untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

Perwakilan negeri, Juliana Jusit berkata Pakatan Rakyat telah berjanji untuk mempertahankan hak wanita di Sabah, namun hanya meletakkan seorang calon sahaja di kerusi parlimen Kota Belud, Cik Munirah Majlid.

"Kegagalan pemimpin pusat ialah mempertahankan hak-hak wanita di Sabah, walaupun tiada banyak kerusi diberikan kepada wanita, kita cuma ada Cik Munirah yang bertanding," kata beliau pada Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK hari ini.

Beliau selain itu dilihat terus melahirkan kekecewaan wanita khususnya penyokong pembangkang di Sabah yang gagal menawan negeri itu walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi sepenuh harapan.

"Siapa yang tidak kecewa dengan keputusan SPR? Dalam-dalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyi lagu Sabah akan tumbang tapi akhirnya kita tidak dapat mengambil Sabah," katanya lagi.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas Pakatan Rakyat membayangkan akan membawa tsunami politik di negeri Borneo itu tambahan terdapat beberapa Ahli Parlimen BN telah keluar parti.

Tahun lepas, Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meletakkan jawatan dalam parti telah mengumumkan menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah dan Pakatan Rakyat Sabah.

Justeru Anwar menjangkakan dengan penyertaan beberapa Ahli Parlimen BN itu sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pengundi Sabah untuk beralih ke Pakatan bagaimanapun tersasar jauh sama sekali jangkaan untuk mengkuburkan BN.

Ini ekoran PRU13, Sabah tetap terus menjadi kubu kuat BN biarpun Pakatan melancarkan pelbagai strategi untuk menumbangkan negeri simpanan kekal BN itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana