VIDEO : SAKIT ANWAR DIDEDAHKAN !

Tindakan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan beberapa siri perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu disifatkan sebagai cubaan perikatan itu untuk meracuni pemikiran rakyat agar terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).Malah, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus menyifatkan Anwar sebagai 'sakit' kerana tarlalu taksub untuk memegang jawatan Perdana Menteri.


"Anwar Ibrahim ni saya ingat dia 'sakit'. Dia terlampau yakin nak jadi PM. Maka dia mengajak rakyat sokong agenda dia dan saya lihat ia takkan berkesudahan, kerana keputusan dah dibuat rakyat."

"Mereka cuba nak racun rakyat supaya rakyat benci BN dan rakyat anggap BN menipu. Sedangkan kita dah buat setelus-telusnya. Saya kira pihak BN mengikut semua kata dan cadangan mereka. Kita nampaknya begitu lemah-lembut dengan perkara ini," katanya kepada Antarapos.

Pakatan Rakyat sehingga kini tidak habis-habis mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendalangi kecurangan keputusan PRU-13 pada 5 Mei lalu semata-mata mahu memberi kemenangan kepada BN untuk membentuk kerajaan baru.

Antara tuduhan yang dibuat adalah BN membawa seramai 40,000 pengundi hantu, isu 'blackout' semasa proses penjumlahan undi dan dakwat kekal yang mudah luntur sekali gus membolehkan seseorang pengundi itu mengundi lebih dari sekali.

Justeru, ujar Abdul Shukor walaupun Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di tiga buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun tindakan memprotes kekalahan mereka di negeri-negeri lain hanya menampakkan sikap tamak mereka.

"Kalau mereka anggap BN menipu, mereka patutnya protes sekali keputusan pilihan raya di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dari situ kita lihat bahawa mereka bersetuju dengan keputusan di negeri mereka menang, tapi tidak setuju di negeri mereka kalah. Ia satu gimik politik yang menghasut rakyat membenci BN."

"Bagi saya rakyat dah muak dengan apa yang mereka lakonkan sekarang, kita dah tak ada masa nak melayan mereka, lebih baik kita teruskan agenda pembangunan yang dijanjikan kepada rakyat apabila kita (BN) membentuk kerajaan," jelas Abdul Shukor.

Mengulas lanjut berhubung undi popular yang sering dibangkitkan pihak pembangkang, Abdul Shukor menjelaskan ia bukanlah isu besar kerana Malaysia mempunyai sistem pilihan raya yang berbeza dengan negara lain.

"Sekarang ini kita bukan pilih presiden, pilih mengikut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Sebagaimana yang kita tahu siapa yang menang lebih banyak bagi kerusi Parlimen yang dipertanding merekalah yang akan jadi kerajaan. Dan ini telah berlaku sejak merdeka lagi dan hingga hari ini," jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan BN tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam PRU13 lepas, malah menasihatkan rakyat terutama golongan belia tidak termakan dengan hasutan pembangkang yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat, sekali gus membawa mereka ke jalanan untuk memberontak. - Antara Pos

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana