Twitter Azmin Ali yang ' lain macam' cetus spekulasi


Pada ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah 'mengamuk' kalah PRU13...orang kanannya Azmin Ali pula menjadi bahan bualan ramai.Ini gara-gara mesej di twitternya yang dikatakan bunyi agak lain  macam sehari dua ini.

Maka macam-macam spekulasi timbul.Ada yang kata ia mungkin ada kaitan dengan jawatan Menteri Besar Selangor dan ada juga yang kata begitu dan begini.

Siapa yang tidak hairan bila Timbalan Presiden PKR ini tiba-tiba Selasa tweet begini : Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat. #fb

Lepas itu : Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal ! #fb

Rabu pula : Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. #fb

Kemudian : Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat. #fb

Apa yang sebenarnya Azmin nak sampaikan menerusi tweet itu.

Juga apa game sampai dia bermadah begitu.

Kepada siapa yang dituju ?

Dalam pada itu ramai jadi bertambah sangsi bila kelibat Azmin tidak kelihatan di himpunan anjuran pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya Rabu malam.

Kenapa dia tidak hadir?

Biasanya dia akan berdiri tegak disebelah Anwar di acara seperti itu.

Apakah dia bersembunyi dicelah ribuan orang di situ?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana