Tuduhan dangkal Karpal Singh...

Cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuh, disifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dakwaan Karpal kononnya kewujudan Dewan Negara tidak memberi makna dan membazir hanyalah tuduhan dangkal.

"Saya selaku bekas Senator amat tidak bersetuju dengan pandangan Karpal, dan saya bersetuju dengan pandangan bahawa ini adalah permulaan DAP yang lepas ini mahu hapuskan bermacam-macam lagi.

"Buktinya, beberapa tokoh korporat seperti Datuk Seri Idris Jala pernah berada dalam Dewan Negara dan kini sudah menjadi menteri, yang sudah tentu pandangan mereka itu telah berjaya membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas bertemu jentera pilihan raya Umno Tumpat.Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas tanggapan Karpal bahawa Dewan Negara tidak perlu, dan perbelanjaannya tidak perlu ditanggung oleh rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana