TINDAKAN YANG PALING TEPAT DAN WAJAR!!!


MB Terengganu, Mat Said telah memutuskan untuk tidak membina rumah-rumah mampu milik di kawasan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, hari ini pula, para pecacai dan pemimpin PAS Terengganu bertambah meroyan apabila Mat Said memutuskan bahawa tiada seorang pun pegawai penyelaras BN akan dilantik di kawasan-kawasan yang BN kalah.

Tindakan tersebut merupakan tindakan yang paling tepat dan wajar!

Nampaknya keputusan Mat Said membuatkan pemimpin-pemimpin PAS Terengganu tidak berpuas hati. Punca tidak puas hati mereka, bukannya susah sangat hendak diterjemahkan.

Mereka tidak berpuas hati kerana rakyat yang bermasalah di kawasan masing-masing akan mendapatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih dari Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka. Selama ini, wakil-wakil rakyat Pakatan boleh bersenang lenang, berceramah dan berkempen sampai ke luar kawasan. Manakala masalah-masalah rakyat pula diserahkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk diselesaikan.

Apabila MB Mat Said mengambil keputusan sebegitu rupa, nampaknya wakil-wakil rakyat dan para pemimpin PAS Terengganu terutamanya, tidak mampu lagi berselindung dan menutup tembelang mereka dengan cakap pandai. Bahkan baru kali inilah mereka akan menggunakan otak untuk mula bekerja dan menyelesaikan masalah rakyat yang mereka tidak pernah peduli selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana