Tindakan Pelajar Menghasut Langgar Amalan Demokrasi...Beri Tahanan Maximun


KUALA LUMPUR: Tindakan aktivis pelajar menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan disifatkan sebagai tindakan di luar amalan demokrasi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan menggulingkan kerajaan tidak pernah berlaku dalam negara ini dan perbuatan itu adalah cubaan untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong.

"Semua rakyat setuju pembentukan kerajaan dibuat melalui sistem demokratik dan tidak pernah terjadi rampasan kuasa untuk bentuk kerajaan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Beliau mengulas penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.Ahmad Zahid berkata pihak polis menahan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mengikut undang-undang.

Aktivis pelajar itu ditahan polis dua hari lepas mengikut Seksyen 124 (b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana