Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh sertai BN


SIMPANG RENGGAM 30 April - Timbalan Pengerusi DAP Tenggaroh, Abdul Rahman Yusof hari ini meletakkan jawatan dan keluar parti setelah kecewa dengan parti tersebut kerana gagal memenuhi kehendak kaum lain.

Menurut Abdul Rahman, kerja kerasnya selama tiga tahun terhadap parti tersebut tidak dihargai apabila pertukaran calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak melalui proses rundingan.

Abdul Rahman berkata, beliau tidak kisah seandainya tidak dipilih sebagai calon pilihan raya, tetapi sebaiknya pertukaran dibuat di meja rundingan bersama ahli jawatankuasa DAP DUN Tenggaroh.

"Mereka juga melakukan tindakan yang tidak mendatangkan manfaat kepada pakatan pembangkang kerana menamakan calon PKR yang tidak mempunyai jentera pilihan rayanya sendiri.

"Jadi, di mana kekuatan calon itu? Tindakan itu menunjukkan pakatan pembangkang tidak mengambil kira isu menang atau kalah kerana M. Murugan tidak mempunyai pengaruh," katanya kepada pemberita pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, di Dataran Layang-Layang, di sini hari ini.

Beliau turut mempertikaikan keputusan DAP Johor berhubung pembahagian kerusi di negeri ini apabila hanya meletakkan seorang calon Melayu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Bukan itu sahaja, beliau turut berkecil hati dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez yang menggesa pengundi bukan Islam menolak calon Pas pada PRU-13.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, kenyataan Norman itu menunjukkan belang sebenar DAP. Saya akui, mereka tidak pernah menyatakan DAP anti- Melayu mahupun Islam, tetapi reaksi dan tindakan mereka memberi maksud sebaliknya.

"Jadi saya merasakan tidak lagi mempunyai tempat di dalam parti, maka lebih baik saya meletakkan jawatan sebagai ahli DAP," jelasnya.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan menyarungkan kemeja BN kepada Abdul Rahman, sebagai simbolik sokongan bekas pemimpin DAP itu terhadap kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana