Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar ditahan bawah Akta Hasutan...Padan Mukanya


Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Datuk Mohmad Salleh sebentar tadi mengesahkan tiga pemimpin dan aktivis pembangkang ditahan polis mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditahan di tiga lokasi berasingan tengah hari tadi.

Beliau berkata, penahanan ketiga-tiga mereka susulan pembabitan dalam penganjuran Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei lalu.

Tian Chua ditahan di LCCT Sepang ketika diperiksa sebelum menaiki pesawat ke Kuala Terengganu, manakala aktivis pembangkang Haris Ibrahim ditahan di Segambut dan ahli PAS Tamrin Ghafar di Bangsar.

Semua mereka dipercayai dibawa ke balai polis Jinjang untuk soal siasat.

Difahamkan ada lagi beberapa tangkapan akan dibuat.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 'majoriti senyap' di kalangan rakyat tidak bersetuju dengan penganjuran Himpunan 505 oleh pihak pembangkang di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu ini kerana ia tidak mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut sekiranya ia hanya akan menimbulkan kekacauan.

"Jadilah warganegara yang baik dan akuilah keputusan PRU13 serta peraturan yang ada sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"Jangan melakukan kekacauan kerana 'majoriti senyap' di kalangan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan mereka (penganjur). Jika ada yang masih berdegil, mereka harus 'membayar dengan harga yang mahal' (tindakan tegas) jika tindakan dilakukan oleh pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan 505 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Petaling Jaya pada Sabtu ini walaupun telah diberi amaran supaya pihak penganjur tidak meneruskan acara berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak polis sudah pun dimaklumkan lebih awal sekiranya terdapat rancangan untuk mengadakan perhimpunan yang bukan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Saya telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) untuk menguatkuasakan undang-undang dan saya harap pelaksanaannya dilakukan tanpa campur tangan saya.

"Saya (juga) harap mereka (penganjur) tidak akan 'membayar sebarang harga' maka hentikan perhimpunan itu. Dan jika mereka mahu meneruskan juga, tunggulah 'harga yang mereka terpaksa bayar sendiri'," tegas Ahmad Zahid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana