Tiada siapa jaga Mahathir di penjara...Inilah Angkuh Dan Zalimnya...ANWAR


PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi  menyatakan tindakan yang bakal diambilnya “apabila’ menjadi perdana menteri, termasuk terhadap Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Anwar berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap anak Mahathir tetapi secara bersindir berkata dia tidak  akan masukkan Mahathir ke dalam penjara kerana tak ada  “siapa nak jaga dia.”

Anwar semakin membuat kenyataan-kenyataan angkuh dengan empat hari lagi menjelang hari mengundi PRU ke 13.

Dua hari lalu Anwar berkata, apabila berkuasa, beliau akan menuntut maaf daripada Utusan Malaysia dan TV3 serta mengarahkan stesen televisyen itu untuk menemuramah beliau.

Hari ini Anwar berceramah di Putrajaya. Majlis itu menerima sambutan hambar dengan hanya kira-kira 1,000 hadirin, kebanyakan penyokong tegar PAS daripada luar Putrajaya.

Dalam ucapannya, Anwar mensasarkan “pelan tindakannya” untuk bekas Menteri Kewangan Tun Daim dan Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun sebelum bersara pada 2003. Anwar berkata sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu."Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat. Beliau tidak menyatakan bagaimana tindakan sebegitu akan diambil.Anwar sendiri terpalit dengan tuduhan pemberian projek dan saham ratusan juta ringgit kepada sahabat dan ahli keluarga  semasa menjadi Menteri Kewangan.

Beliau tidak pernah mempertahankan dirinya daripada tuduhan-tuduhan itu.Sebaliknya beliau memaparkan dirinya “penyelamat” negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.
 Anwar berkata apabila berkuasa, beliau akan “maafkan” Mahathir dengan tidak menghantarnya ke penjara.

"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan. Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.Bagaimanapun Anwar berkata tindakan akan diambil  untuk merampas  perniagaan milik anak Mahathir.

"Monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta," kata Anwar.

Mahathir sering menyifatkan Anwar sebagai seorang yang rakus kuasa dan tidak mempunyai kewibawaan moral untuk menjadi perdana menteri.


Sombong dan Angkuhnya ANWAR NI......

Paku dulang paku serpih... ngata orang dia yang lebih... entah berapa banyak dia dah kaut semasa dia jadi menteri kewangan dulu... lagi mau cakap orang lain puanya salah... Dibawah ini adalah senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman bapa kepada Anwar Al Juburi.

Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana