Terkini Tiga Pihak Pembangkang Ditahan: Kumpulan Berhimpun Di Luar Balai Polis Jinjang

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 orang berhimpun di luar Balai Polis Jinjang bagi mengadakan protes terhadap penahanan tiga individu pembangkang.

Perhimpunan itu diadakan di penghadang yang diletakkan kira-kira 50 meter dari pintu masuk, dengan orang ramai memegang sepanduk dan melaungkan slogan.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan dan Exco Selangor, Elizabeth Wong merupakan antara yang dilihat dalam perhimpunan itu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, ahli PAS, Tamrin Ghafar dan ketua aktivis pro-pembangkang ‘Asalkan Bukan Umno’, Haris Ibrahim ditahan pada Khamis, yang mempunyai kaitan dengan kenyataan yang didakwa dibuat semasa sebuah forum pada 13 Mei yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Dilaporkan, semasa forum berkenaan, beberapa kumpulan pro-pembangkang termasuk ketiga-tiga mereka telah menyeru supaya perhimpunan jalanan secara besar-besaran dilakukan untuk menggulingkan kerajaan.

Prosiding bagi reman ketiga-ketiga mereka sedang berjalan, dengan peguam N. Surendran, R. Sivarasa antara yang lain mewakili mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana