Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti

KUALA LUMPUR 25 Mei - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya tiga kotak peti undi hilang ketika proses pengiraan undi di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tengku Adnan berkata, jika pihak pembangkang mempunyai bukti terhadap perkara itu, dia mengalu-alukan laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut.

"Pihak pembangkang ada menyebut tiga kotak peti undi hilang pada PRU-13 tetapi setakat ini mereka tidak pernah mengemukakan bukti.

"Untuk itu, saya cabar mereka terutama sekali Husam untuk membuat laporan polis dengan menunjukkan bukti supaya siasatan lanjut dapat dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana