Tamrin dan Haris Ditahan Semula Hanya Selepas Empat Hari Dibebaskan

PETALING JAYA: Aktivis, Haris Ibrahim dan Ahli PAS, Tamrin Ghaffar telah ditahan semula selepas empat hari dibebaskan oleh majistret.

Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Haris - pemimpin Asal Bukan Umno (ABU) mengesahkan mereka telah ditahan semula pada pukul 7 malam.
"Mereka kini berada di Balai Polis Daerah Dang Wangi. Mereka telah ditahan di bawah Akta Hasutan.

"Kami tidak mengetahui apa yang sebenarnya mereka dan di mana mereka berada ketika ini," katanya ketika dihubungi The Star.

Khamis lalu, kedua-dua, Haris dan Tamrin bersama-sama Naib Presiden PKR, Tian Chua ditahan di bawah Akta Hasutan.

Bagaimanapun ketiga-tiga individu berkenaan dibebaskan keesokan harinya selepas majistret menolak permohonan reman yang dikemukakan oleh pihak polis.

Sebelum ini mereka ditahan, selepas berucap dalam satu Forum 13 May di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana