Tak Pernah Terjadi Dalam Sejarah MB Selangor Atau Mana MB Bersumpah Pegang Tombak


10 akujanji dilafazkan Khalid dihadapan DYMM Sultan Selangor ketika majlis angkat sumpah sbg MB Selangor

1. Memelihara dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara

2. Memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam.

3. Memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari dan dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

4. Mematuhi segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh DYMM Sultan Selangor dari semasa ke semasa termasuk adab dan tatatertib semasa berada di Istana dan ketika istiadat rasmi istanadilangsungkan.

5. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama kepentingan sah kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

6. Melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasatanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

7. Mendahulukan rakyat selagi mana ia tidak menjejaskan kepentingan, kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri.

8. Memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri di tahap yang tertinggi dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri-negeri lain dalam Persekutuan.

9. Memelihara jawatan yang dipegang dari dicemari denganpelakuan-pelakuan yang menyalahi undang-undang; dan

10. Memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkansemangat muhibah, tolak ansur dan kerjsama antara kaum, demi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana