Suspek Hina Sultan Terengganu Di Facebook Ditahan - SKMM

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebook-nya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoalsiasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahunpenjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaikkandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupundi dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kataPengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.

"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati danbersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yangmelanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Dato'Sharil. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana