Surat terbuka buat Ustaz Mohammad Kazim Elias


Assalamualaikum;

Ujian dan Dugaan itu “Tanda Allah Sayang”. Saya turut bersimpati dengan ujian yang menimpa Ustaz, sebagai orang yang lebih berilmu dari saya dan saya akui banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat daripada ceramah dan kuliah yang Ustaz sampaikan.

Cuma saya agak kecewa dengan beberapa ‘statement’ berat sebelah yang di keluarkan oleh Ustaz berkaitan dengan perjuangan parti-parti politik, yang sebelum ini Ustaz sendiri mengakui “saya tidak belah mana-mana” tapi pengakuan itu terbatal dengan ucapan menghentam hebat perjuangan menegakkan hukum Allah yang di bawa oleh Pas. Dan menjadi ‘backup’ buat sang perjuang bangsa.

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, jika tulisan saya ini dan sebelum ini ada menguris hati Ustaz. Keputusan Ustaz ingin berhenti sebarkan Agama kerana di ‘fitnah’, (seperti terlapor di akhbar) ianya menjadi tanda tanya masyarakat. Kerana masyarakat di fahamkan tentang hukum alam. “Berjuang di jalan Allah itu bukan mudah, ianya pasti diuji dan perjalananya jauh dan susah”.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Bagi saya, keputusan untuk berhenti dari ceramah ini pasti akan mendatang fitnah yang lebih besar. Atau Ustaz ingin terjun terus ke dunia politik, itu waAllahualam…tunggu dan lihat. Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan Ustaz ialah berkaitan dengan satu hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa.

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga di uji dengan fitnah yang melampau, di uji dengan perancangan membunuh Baginda, tetapi dakwah tetap di teruskan dan tidak sedikit pun ujian itu melemahkan Baginda bahkan ujian itu menguatkan kerana Baginda Rasulullah yakin berada di pihak yang Benar. Moga surat dari saya yang masih mentah dalam ilmu Agama ini dapat sedikit sebanyak di muhasabah buat kita bersama. Akhir kalam, sama kita hayati Qalam Allah..

Ingatlah kamu! (Kamu semua) adalah orang yang diseru untuk menafkahkan pada jalan Allah. Maka antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), sedangkan kamu adalah fakir. Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan menyerupai kamu. [Muhammad : 38]

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana