Sokongan himpunan Blackout 505 makin merosot.

Penganalisis politik menyifatkan sambutan kepada siri himpunan Blackout 505 semakin merosot apabila kehadiran penyokong didakwa berkurangan, berbanding dengan yang pertama diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu.
Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hasan berpendapat, sambutan itu berkurangan kerana himpunan tersebut sudah tidak relevan, memandangkan pihak yang tidak
berpuas hati sudah boleh kemukakan petisyen untuk dakwaan salah laku pilihan raya.
Menurutnya, peserta pada akhirnya akan sedar bahawa mereka dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan politik.
“Jika diteruskan juga, apa yang tinggal hanyalah penyokong tegar yang memang mahu kerajaan rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan mereka.
“Perhimpunan, jika benar berjuang untuk keadilan, seharusnya semakin mendapat sokongan tapi himpunan Black 505 pula dilihat sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya mengenai ketiadaan pemimpin tertinggi DAP dan Pas dalam himpunan tersebut, Azmi berpendapat, ialah adalah bukti himpunan itu adalah suatu agenda peribadi.
“Sebenarnya himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada DAP kerana mereka paling berjaya dalam pakatan selepas PRU13 yang lalu.
“Pas pula (dipercayai) tidak mahu diheret sama dalam agenda peribadi yang tidak menguntungkan itu,” katanya.
Dalam perhimpunan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana